Saturday 25 May 2013

di suatu petang

serius. Posisi badan aku betulkan serupa gaya mendengar lecture. Aku pandang perempuan tua di depan aku penuh kasih. Perasaan awkward bilamana berada dengan orang yang lebih tua aku gantikan dengan perasaan senang sekali persis bersama ibu yang dicintai.

perempuan tua itu pandang kejap muka aku. Sepertinya ingin memulakan bicara. Petang itu. Ya petang itu. “saya rasa tidak adil bilamana selama 9 bulan saya kandungkan dia, saya tatang dia bagai minyak yang penuh, saya sayang dia, saya letakkan fokus cinta khas buat dia selepas insan-insan sepatutnya, tapi kini bila dia dewasa... bukan cinta saya yang dia agung-agungkan (maksudnya cinta selepas Rabb), katanya dia dah dewasa...”

perbualan yang aku kira lebih kepada luahan hati petang itu masih menganggu fikiran aku. Kerana apa? Kerana dulu juga aku seperti itu.
Pernah sewaktu ketika aku tempatkan perempuan tua seperti dia diposisi yang sama. Tidak adilkah aku? Masih terbayang air muka kecewa perempuan tua itu. Kecewa jugakah ibuku?